dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

NADI MAHIR Pertanian Pintar sesi 1 - 10

13 April 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 12 April 2025, telah berlangsung NADI MAHIR Pertanian Pintar sesi 1 - 10. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 11:00 pagi sehingga pukul 12:00 tengah hari. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.

Sepanjang kelas ini berlangsung, guru MAHIR memberi penerangan mengenai teknologi lepas tuai dan pembungkusan. Seterusnya, guru MAHIR memberi penerangan mengenai apa itu tuaian dan tahap kematangan iaitu kematangan fisiologi dan kematangan hortikultur. Selain itu, guru MAHIR memberi penerangan mengenai teknologi lepas tuai. Akhir sekali, guru MAHIR menerangkan mengenai proses pengendalian lepas tuai iaitu penuaian, pengumpulan, pre-penyejukan, lambakan, pengeringan, pengedaran, rawatan, pembungkusan, penimpanan dan pengangkutan.

Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran pertanian bagi peserta. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.